Lions XII Bawa Trofi Piala FA Ke Singapura

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan jemputan dari Singapura, LionsXII melakar sejarah menjadi pasukan luar pertama muncul juara Piala FA sejakpertandingan berkenaan diperkenalkan pada 1990.

Skuad muda negara republik itu mencipta kejutan dengan mengalahkan juara duakali, Kelantan yang diperkuatkan dengan empat pemain import, menerusi kemenangan3-1 pada aksi penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Sabtu malam.

Kehadiran hampir 90,000 penyokong terutamanya penyokong Kelantan nyatamenggamatkan stadium sebaik sahaja pengadil, Muhammad Zamzaidi Katimin memulakanperlawanan.

Lions XII mengejutkan Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013,apabila pemain sayap, Muhammad Faris Ramli menjaringkan gol pembukaan seawal minit keenam selepas menerima hantaran daripada rakan sepasukan.

Tersentak dengan gol tersebut, Kelantan kembali memperkemaskan permainan danhampir menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor,selang lima minit kemudian namun sepakannya berjaya ditepis keluar penjaga golLions XII, Muhammad Izwan Mahbud.

Skuad 'The Red Warriors' yang membuat penampilan pentas final kali kelima,terus menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan namun ketangkasan Muhammad Izwan, yang juga penjaga gol kebangsaan Singapura, selain ketumpulan jentera serangan Kelantan menyaksikan keputusan 1-0 kekal sehingga berakhirnya separuh masa pertama.

Muhammad Izwan Mahbud



Bersambung babak kedua, Kelantan kembali mengasak kubu Lions XII dan usahamereka membuahkan hasil apabila Wan Zack Haikal menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-62 selepas beliau bijak memanfaatkan hantaran rakan sepasukan, sekali gus menceriakan puluhan ribu penyokong Kelantan.

Kelekaan barisan pertahanan Kelantan membawa padah apabila pemain gantianLions XII, Mohd Sahil Suhaimi menggandakan jaringan untuk pasukan dari Singapura itu pada minit ke-81.

Kesilapan pemain pertahanan Kelantan, Amirizdwan Taj Tajuddin, yang menjatuhkan Mohd Sahil di dalam kotak penalti pada masa kecederaan, membawa padah apabila Lions XII dihadiahkan sepakan penalti oleh Muhammad Zamzaidi.

Mohd Sahil, yang juga pemain kebangsaan Singapura, tenang menyempurnakan sepakan penalti berkenaan bagi membawa pulang trofi menyeberangi Selat Tebrau.

Lebih manis, Muhammad Izwan, yang juga kapten pasukan Lions XII dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dan beliau menerima wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh Pengarah Urusan XOX Mobile Berhad, Datuk Eddie Chai.

Selaku juara, Lions XII menerima trofi Piala FA yang disampaikan oleh Sultan Kelantan,  Sultan Muhammad V kepada Muhammad Izwan.

Untuk rekod, Lions XII mula menyertai Liga Malaysia pada 2011 selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada 2011.

Tags / Kata Kunci: Piala FA , kelantan , Lions XII

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan