Balas Dendam Yang Memuaskan Hati - Fandi Ahmad

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 8:48 AM

Jurulatih Lions XII Fandi Ahmad (kiri) dan Nasri Nasir menjulang Piala FA yang dimenangi selepas pasukannya menewaskan Kelantan dengan 3-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih Lions XII, Fandi Ahmad menyifatkan kejayaan mengalahkan bekas juara dua kali, Kelantan, 3-1 pada final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini sebagai membalas dendam yang memuaskan hati.

Fandi, yang berjanji untuk membawa trofi Piala FA menyeberangi Selat Tebrau, turut memuji skuad muda itu atas kejayaan mengejutkan 'The Red Warriors' yang lebih mantap serta dibarisi empat pemain import.

Sebagai rekod, Lions XII mengalami kekalahan 2-0 kepada Kelantan pada pertemuan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baharu, pada 15 Februari lepas.

"Adalah manis untuk menang ke atas Kelantan malam ini...kami sudah membuktikan ramalan oleh semua pihak adalah tidak tepat.

"Kami tidak mempunyai pemain bintang dalam pasukan tetapi pemain melakukan yang terbaik di bahagian serangan dan juga penjaga gol, Mohd Izwan Mahbud, yang dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

"Kejayaan ini adalah baik untuk pasukan dengan sebahagian pemain menyertai skuad Sukan SEA Singapura. Ini akan memanfaatkan pemain lain dalam pasukan," kata Fandi kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Sementara itu, ketua jurulatih Kelantan, Mohd Azraai KHor Abdullah berkata pasukannya terpaksa membayar harga yang tinggi atas kesilapan kecil di barisan pertahanan.

Bagaimanapun, beliau berjanji skuad itu akan bangkit semula dengan lebih mantap pada musim depan.

"Selepas gol penyamaan, kami fikir semua akan berjalan lancar dan boleh memenangi perlawanan ini tetapi malangnya gagal. Bukan mudah menentang Lions XII yang bermain dengan baik.

"Kami juga mempunyai banyak peluang tetapi gagal melakukan jaringan," katanya.

Lions XII, selaku pasukan bukan pilihan, melakukan kejutan apabila membuka jaringan awal pada minit keenam menerusi pemain sayap, Muhammad Faris Ramli sebelum Kelantan menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Wan Zack Haikal Wan Noor.

Pemain gantian, Mohd Shail Suhaimi muncul wira pasukan Lions XII apabila melakukan jaringan gol kedua pada minit ke-81 dan kemudian menyempurnakan tendangan penalti pada masa kecederaan minit ke-94.

Tags / Kata Kunci: Fandi Ahmad , Lions XII , Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan