Krisis Di Liverpool: Kelab Batal Rundingan Dengan Ejen Raheem Sterling

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL telah membatalkan mesyuarat rundingan kontrak dengan ejen Raheem Sterling, yang dijadualkan pada pagi Jumaat selepas dia membuat kenyataan kontroversi di sebuah akhbar tempatan.

Dalam satu interview dengan akhbar the London Evening Standard, ejen pemain itu, Aidy Ward dilaporkan berkata, Sterling tidak akan menandatangani pembaharuan kontrak dengan Liverpool walaupun ditawarkan gaji sehingga £700,000, £800,000 atau £900,000 seminggu.

Ekoran kenyataannya itu, Liverpool telah mengambil keputusan bahawa sebarang mesyuarat hanya membuang masa dan tidak membawa apa-apa makna lagi.

Sterling dan Ward dijadualkan bertemu pengurus pasukan, Brendan Rodgers dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ian Ayre di ibu pejabat Liverpool pada pagi Jumaat.

Ward secara jelas menegaskan yang Sterling bukannya mengejar wang tetapi mahu meneruskan kariernya di kelab lain.

Manchester United dengan segera kemudiannya membuat pertanyaan rasmi tetapi hasrat mereka ditolak oleh Liverpool.

Menurut Ward, Sterling mahu kembali ke tempat asal kelahirannya iaitu kota London dan ini seolah-olah menghantar isyarat kepada Chelsea supaya mengejar pemain tengah Liverpool itu.

Sterling masih mempunyai baki kontrak selama semusim lagi bersama Liverpool dan jika kelab itu tidak mahu menanggung risiko kehilangan pemain mereka itu secara percuma sebagai ejen bebas, mereka harus menjualnya sebelum baki kontraknya tinggal enam bulan.

Liverpool dilaporkan telah menawarkan gaji baru bernilai £100,000 (RM560,000) seminggu kepada Sterling Februari lalu tetapi dia enggan menandatangani kontrak itu atas nasihat ejennya.

Buat masa ini dia menerima gaji sebanyak £35,000 (RM196,000) seminggu.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan