Kane Setia Bersama Spurs

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 1:03 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Tottenham Hotspur, Harry Kane berhasrat untuk kekal di White Hart Lane bagi tempoh masa yang lama, sekali gus memberi jawapan kepada khabar mengenai tawaran kelab lain untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 21 tahun ini berjaya menjaringkan 30 gol pada kejohanan sepanjang musim ini dan prestasi permainannya dikhabarkan menarik minat Manchester United.

Kane menjelaskan setakat ini dia tidak terfikir untuk meninggalkan Tottenham dalam jangka masa terdekat ini.

"Spurs adalah kelab saya sekarang dan saya merancang untuk berada di sini lebih lama.

"Kami akan cuba untuk memenangi kejuaraan pada masa akan datang," kata Kane.

Kane juga berazam untuk membantu kelabnya memenangi kejuaraan pada musim hadapan serta melayakkan Spurs ke Liga Juara-Juara Eropah.

"Saya harap akan dapat terus bermain dan memenangi sebanyak piala yang boleh untuk Spurs dan England.

"Itu merupakan sasaran saya sejak kecil, saya mengimpikan untuk menjulang trofi untuk mereka satu hari nanti.

"Saya mahu menjadi seorang pemain yang mampu melakukan segala-galanya dan saya akan terus bekerja keras," katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan