Man United Mahukan Raheem Sterling, Sejarah 51 Tahun lalu Berulang - Bola Sepak | mStar

Man United Mahukan Raheem Sterling, Sejarah 51 Tahun lalu Berulang

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 9:33 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United melakukan pertanyaan sensasi kepada Liverpool mengenai prospek mendapatkan Raheem Sterling walaupun ia tidak pernah berlaku sejak 51 tahun lalu.

Pemindahan pemain antara kedua-dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tidak berlaku selepas Phil Chisnall meninggalkan Old Trafford untuk ke Anfield pada 1964.

Bagaimanapun Liverpool dengan pantas menolak sebarang urusan tentang penjualan Sterling terhadap United walaupun pemain England berkenaan telah menyatakan hasrat untuk berhijrah.

Sterling yang dianugerahkan pemain muda terbaik Liverpool pada Selasa mempunyai baki kontrak semasa selama dua tahun, dan berikutan itu The Kop enggan menjualnya kepada mana-mana kelab di EPL.

Chelsea, Arsenal dan Manchester City kini dalam perancangan untuk mendapatkan Sterling, namun pertanyaan United yang ditolak bermakna Liverpool tidak akan menjual pemain berkenaan pada musim ini.

Pengendali Liverpool, Brendan Rodger yakin dapat memujuk Sterling untuk melanjutkan kontraknya walaupun ditolak sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Manchester United
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan