Stadium Bukit Jalil Akhirnya Guna 'Rumput Nasional'

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Paslum, Bermuda dan akhirnya Perbadanan Stadium Nasional (PSM) menggunakan 'Rumput Nasional (National Grass)' sebagai pilihan muktamad bagi mengatasi masalah rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlanjutan sejak 1998.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSM, Azman Fahmi Osman berkata, rumput baru itu juga berada dalam persediaan terakhir sebelum digunakan pada aksi final Piala FA Sabtu ini.

"Rumput dalam keadaan yang sangat baik dan sedia untuk digunakan bagi perlawanan Kelantan dan Lions XII nanti.

"Rumput baharu ini kita namakan 'National Grass' kerana ia dilahirkan di sini, rumput tempatan," jelasnya ketika pertemuan bersama media di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.

Menurut Azman, selepas beberapa percubaan menukar rumput yang sesuai dibuat, akhirnya PSM menemui jalan penyelesaian hasil kajian dan perbincangan bersama Profesor Dr Abdul Shukor Juraimi dari Fakuti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Seperti yang dilaporkan sebelum ini, struktur stadium yang kurang mendapat cahaya matahari menyulitkan kita mencari padanan rumput yang sesuai.

"Namun selepas beberapa percubaan, National Grass ini yang paling tepat digunakan kerana faktor ketahanan.

"Ia amat sesuai dengan faktor cuaca negara kita seperti hujan dan panas, manakala sudut yang tidak mendapat cahaya kami gunakan lampu pencahayaan (grow light).

"Ia dipasang secara automatik empat jam pada waktu pagi manakal empat jam pada sebelah petang. Setakat ini hasil beberapa bulan penggunaan rumput ini amat positif.

"Malah pada minggu lalu, percubaan padang dibuat oleh pemain-pemain dan mereka semua berpuas hati," katanya.

Jelasnya lagi, sebelum membuat keputusan untuk menggunakan rumput ini, beberapa ujian dibuat dengan kerjasama pihak UPM.

"Beberapa pakar datang membuat tinjauan serta menguji kelajuan dan lantunan bola sebelum melihat ketahanan rumput ini."Selepas itu baharulah kita memutuskan padang ini sesuai digunakan untuk perlawanan akhir Piala FA nanti," jelasnya.

Tambah Azman yang berpengalaman dalam bidang pengurusan ini, apa yang penting adalah penyelenggaraan yang berterusan bagin memastikan rumput ini sihat.

"Rumput ini perlukan perhatian supaya tidak dihinggapi bakteria yang boleh memusnahkan strukturnya walaupun padang ini tidak digunakan.

"Sebab itulah kami tidak membenarkan padang ini dipijak sesuka hati, kecuali jika ada perlawanan sahaja.

"Selepas perlawanan ia akan terus diselenggarakan dan memerlukan tempoh rehat bagi mengembalikan kesuburan," jelasnya.

Dalam pada itu, Azman mengakui kos untuk penggunaan rumput baharu dan grow light agak tinggi namun enggan mendedahkan kos sebenar bagi menghormati perjanjian dengan pihak kontraktor.

"Manakala rumput yang digunakan sebelum ini (Bermuda) akan di hantar ke Akademi Bola Sepak Negara di Gambang, Kuantan bagi menggantikan rumput yang rosak di sana.

"Ia tidak akan dibiarkan begitu sahaja kerana di Gambang rumput jenis Bermuda boleh digunakan," katanya.

Isu padang atau rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil bukan perkara baharu sebaliknya ia tidak pernah berhenti sejak 1998 kerana rahsia struktur stadium yang tidak diketahui ramai rakyat Malaysia khususnya para jurulatih dan penyokong bola sepak tempatan.

Pelbagai usaha sudah dijalankan bagi mengembalikan kualiti padang itu sejak beberapa tahun lalu malah pada 2013, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkannya stadium ini ditutup untuk pemulihan selepas aduan keadaan padang yang teruk.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan