Pok Ya Rambo Nazar Berlari Jika Kelantan Julang Juara

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:00 AM

Kapten Kelantan Mohd Badri Mohd Radzi (tengah) beramah mesra bersama Pok Ya Rambo selepas menyerahkan kasut serta tujuh helai baju bagi membakar semangat warga emas itu untuk menunaikan nazarnya berlari dari Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Kota Baharu sekiranya Kelantan menjulang Piala FA pada Khamis. Foto: BERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Seorang peminat fanatik Kelantan bernazar mahu berlari dari Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke Kota Baharu, jika Kelantan menjulang Piala FA, Sabtu ini.

Zakaria Yusof, 65 berkata, sekiranya pasukan Kelantan menang, misinya itu akan bermula pada jam 8 pagi, hari berikutnya.

Datuk kepada 13 orang cucu ini yang lebih mesra dengan panggilan ‘Pok Ya Rambo’ menjelaskan, idea itu timbul apabila melihat seorang peminat Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid, 58, atau Pak Majid menunaikan nazar dengan berjalan kaki secara solo sejauh 280km dari Kuantan ke Stadium Shah Alam, tahun lalu.

"Jika dia (Pak Majid) boleh lakukannya, saya juga mampu buat. Saya mahu buktikan usia bukan penghalang.

"Ini tanda sokongan saya kepada pasukan Kelantan dan saya harap kami akan menang perlawanan itu.

"Isteri saya Wan Moh Wan Abdullah, 52, dan anak tidak ada sebarang masalah dengan misi ini," katanya.

Misinya itu membabitkan jarak perjalanan kira-kira 500km, bermula dari Stadium Bukit Jalil ke Kuala Lipis, Pahang sebelum memasuki Kelantan dan menamatkan larian di Stadium Sultan Muhammad IV di sini.

Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan LionsXII dari Singapura akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

LionsXII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu, Sabtu lalu.

Tags / Kata Kunci: Pok Ya Rambo , Penyokong Kelantan

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan