Mats Hummels Tolak Man United

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 10:36 AM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Jerman, Mats Hummels telah menolak tawaran untuk berhijrah ke Manchester United, menurut kelabnya, Borussia Dortmund.

Mirror Online melaporkan, Hummels merupakan sasaran utama United sejak kelab itu dikendalikan oleh Louis Van Gaal.

Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan pertahanan itu pada Julai ini mungkin tidak akan berlaku kerana pemain berkenaan ingin kekal di Dortmund.

Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc pada Rabu mendakwa, pemain bernilai £37 juta itu memilih untuk kekal di kelab tersebut untuk musim depan.

"Mats sentiasa memikirkan mengenai masa depannya, oleh itu kami telah memberitahu mengenai rancangan yang telah diatur untuknya," katanya.

Berikutan penolakkan itu, United dilapor menghidupkan semula minat mereka terhadap Nicolas Otamendi yang bernilai £36 juta.

Pemain Valencia itu sepatutnya berhijrah ke Old Trafford pada Januari lalu, namun kesepakatan gagal dicapai.

Tags / Kata Kunci: Jerman , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan