Jurulatih Kuantan FA 'Direhatkan', Senasib Dengan Sathianathan

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 7:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Kuantan FA, Aminuddin Hussin menerima nasib sama seperti jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM) B. Sathianathan apabila turut direhatkan oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) bermula 15 Mei lalu.

Cuma apa yang membezakan, Aminuddin lebih bernasib baik kerana menerima berita direhatkan ini bukan di depan pemain-pemain seperti yang dialami Sathianathan
pada 14 April lalu.

"Menurut surat yang diterima, saya direhatkan sehingga 31 Julai ini, malah dalam tempoh itu saya dibenarkan bercuti. Tugas ketua jurulatih itu dipikul oleh pembantu , Syukri Ismail.

"Keputusan pihak pengurusan itu saya terima dengan terbuka berdasarkan prestasi pasukan semasa pasukan.

"Selepas berakhir masa direhatkan ini, saya boleh berbincang kembali mengenai masa depan bersama pasukan itu, namun saya sudah ada jawapannya," jelas Aminuddin yang hampir lima bulan mengendalikan skuad The Seagull  kepada mStar Online.

Menurut Aminuddin, 49, dia hanya mempunyai masa 25 hari sebelum saingan Liga Perdana bermula sekaligus menyaksikan pasukannya bukan berada dalam persediaan rapi.

"Kami mencatat dua kemenangan, dua seri dan kalah enam kali. Banyak perkara yang terbuku di hati saya, namun lebih baik saya abaikan sahaja kerana pihak pengurusan sudah membuat keputusan.

"Apa yang pasti saya sudah cuba melakukan yang terbaik tetapi ada perkara yang sukar diubah. Saya terima keadaan ini sebagai cabaran baharu selepas hampir 17 tahun mengendalikan program pembangunan bola sepak dengan menguruskan skuad Harimau Muda C, Bawah 16 Tahun serta 17 tahun sebelum ini.

"Kontrak saya bersama pasukan ini akan berakhir pada November ini, dan sudah menjadi lumrah jurulatih dalam tempoh rehat ini untuk mencari pasukan baharu musim depan," jelasnya yang menolak untuk terus menguruskan Kuantan FA jika diberi peluang selepas 31 Julai ini.

Ironinya, nasib Aminuddin ini jauh lebih baik berbanding jurulatih Sathianathan yang kini masih menunggu jawapan mengenai statusnya dari ATM.

Sathianathan tetap menegaskan tidak ada istilah direhatkan dalam sukan bola sepak kecuali diberhentikan.

"Mana-mana jurulatih akan diberhentikan jika prestasi skuad tidak menentu, tetapi bukan direhatkan. Saya  masih tidak faham sehingga sekarang mereka tidak menjelaskan apa-apa.

"Apa yang membuatkan saya terkilan, mereka mengumumkan berita itu di depan pemain-pemain yang telah saya didik hampir 10 tahun. Ia langsung tidak ada rasa hormat kepada dan memalukan saya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Kuantan FA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan