Radamel Falcao Ke Chelsea?

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 9:06 AM

(Ubah saiz teks)

MONACO dilapor akan menawarkan Radamel Falcao kepada juara Liga Perdana Inggeris, Chelsea pada musim depan menerusi pinjaman selepas Manchester United bakal menggugurkan penyerang itu.

Falcao yang dipinjamkan kepada United pada musim ini akan digugurkan selepas gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai penjaring gol dengan sebaik mungkin termasuk pada perlawanan menentang Arsenal.

Dailymail Online dalam laporannya menyifat penampilan Falcao pada Ahad lalu yang berkesudahan dengan seri 1-1 sebagai yang terakhir sebelum meninggalkan Old Trafford.

Monaco membuka tawaran itu kepada Chelsea selepas kelab berkenaan dilapor memerlukan penyerang bagi menggantikan Didier Drogba.

Bagaimanapun lembaga pengarah Chelsea dikatakan sedia berbincang untuk melanjutkan kontrak Drogba untuk setahun lagi.

Skuad kendalian Jose Mourinho memerlukan penyerang selepas tonggak utamanya Diego Costa mengalami kecederaan dan memerlukan rehat lebih lama.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Monaco , Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan