Raheem Sterling Tak Mahu Kekal Di Anfield

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 10:49 AM

Raheem sebaik tiba di Anfield untuk perlawanan menentang Chelsea hujung minggu lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Liverpool, Raheem Sterling secara peribadi telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan pasukannya kepada pengurus pasukan, Brendan Rodgers sebelum perlawanan menentang Chelsea yang berkesudahan dengan seri 1-1.

Sterling yang juga pemain kebangsaan England, menjelaskan bahawa dia tidak mahu kekal di Anfield, tetapi bersetuju untuk perbincangan terakhir apabila Liverpool.

Selain itu, Sterling enggan menyambung perjanjian baharu selama lima tahun kerana tidak yakin dengan kemampuan pasukan tersebut untuk menjulang kejuaraan pada akhir musim.

Pemain hadapan tersebut turut memberitahu bahawa dia akan tetap  bermain di dalam liga Perdana Inggeris, namun bukan bersama pasukan Liverpool untuk musim hadapan.

Sementara itu, kelab bola sepak yang lain seperti Real Madrid, Bayern Munich dan Juventus berminat terhadap pemain berusia 20 tahun itu, malah bersedia untuk membuat tawaran yang lebih tinggi berbanding Liverpool.

Liverpool akan mengadakan perbincangan dengannya minggu ini  sebagai usaha untuk cuba meyakinkan Sterling menandatangani perjanjian baharu.

Rodgers turut mendesak Sterling supaya tidak meninggalkan Liverpool kerana pemain itu mempunyai baki dua tahun lagi dengan bayaran £35,000 (RM196,000) seminggu walaupun tidak menandatangani kontrak baharu.

Tags / Kata Kunci: Raheem Sterling , Anfield , Brendan Rodgers

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan