Piala FA: Jualan Tiket Dalam Talian Bermula Esok

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 10:10 PM

Afandi Hamzah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah memperuntukkan 30,000 tiket masing-masing kepada Kelantan dan wakil Singapura, Lions XII bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Seri Afandi Hamzah, berkata baki 20,000 lagi tiket akan dijual menerusi dalam talian pada laman sesawang www.tickethotline.com.my bermula Selasa.

Penyokong boleh menebus tiket berkenaan di Kaunter Ungu, Stadium Nasional bermula pukul 10 pagi, Khamis ini sehingga hari perlawanan.

Setiap penyokong hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket berharga RM40 setiap satu bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus.

"Penyokong pasukan Kelantan boleh mendapatkan tiket bermula Rabu ini di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu manakala penyokong pasukan Lions XII pula boleh membeli tiket di Stadium Jalan Besar, Singapura bermula Khamis nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini, Selasa.

Afandi, yang juga Timbalan Presiden FAM, berkata sekiranya tiket yang diperuntukkan untuk Lions XII tidak habis terjual, badan induk itu bercadang untuk menjual baki tiket kepada penyokong Kelantan atau menerusi talian.

Pada masa yang sama, Afandi turut memberi jaminan kawalan keselamatan yang lebih ketat akan dijalankan oleh anggota keselamatan pada hari perlawanan, terutamanya di sekitar perkarangan stadium bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) bersetuju untuk melanjutkan waktu perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sehingga pukul 3 pagi pada hari perlawanan bagi memudahkan penyokong untuk pulang.

"Kita meminta kerjasama penyokong yang menaiki kenderaan pada hari perlawanan untuk mematuhi arahan daripada anggota keselamatan bertugas bagi melancarkan aliran trafik," kata Afandi.

Kelantan, yang muncul juara pada 2012 dan 2013, mara ke final menerusi kemenangan agregat 3-2 ke atas juara bertahan Pahang pada separuh akhir.

Lions XII pula melangkah ke final menerusi peraturan gol tempat lawan walaupun terikat 4-4 secara agregat dalam satu lagi aksi separuh akhir dengan Terengganu.
Tags / Kata Kunci: tiket , final Piala FA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan