Piala FA: Keputusan Pengadil 100% Tepat

Diterbitkan: Isnin, 18 Mei 2015 11:37 PM

Pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling dengan objek oleh penyokong pasukan Terengganu selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Sabtu lalu. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Keputusan pengadil membatalkan jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada Sabtu lepas adalah seratus peratus tepat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Goh Ah Chai menjelaskan bahawa berdasarkan Laporan Penilaian Pengadil dan analisa video, jelas menunjukkan pemain Terengganu itu berada pada kedudukan ofsaid dan hanya seorang pemain pertahanan Lions XII, Nazrul Nazari berada di belakangnya.

"Undang-undang bola sepak tidak menyebut bahawa penjaga gol mestilah menjadi pemain pertahanan terakhir dan ini bermaksud, mana-mana pemain pasukan lawan boleh menjadi pemain terakhir dan pemain kedua terakhir.

"Selain itu, pengadil perlawanan, Amirul Izwan Yaacob juga telah membatalkan gol tersebut selepas mendapat bantuan daripada penolong pengadil, Azman Ismail," katanya kepada pemberita di Wisma FAM, di sini, Isnin.

Sementara itu, Instruktur Pengadil FIFA C. Ravichandran berkata situasi yang sama pernah berlaku pada pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, apabila pengadil perlawanan membatalkan jaringan Mexico ketika menentang pasukan tuan rumah.

Keputusan pengadil membatalkan jaringan keempat skuad 'Penyu' menyebabkan pasukan itu tersingkir di peringkat separuh akhir Piala FA apabila Lions XII mara ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan, selepas keputusan agregat terikat 4-4.

Pada aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim mencatat kemenangan 3-2, selepas tewas 1-2 kepada pasukan dari seberang tambak pada aksi separuh akhir pertama.

Keputusan itu menyebabkan hampir 15,000 penyokong bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans serta merosakkan beberapa kemudahan di dalam dan luar perkarangan stadium, mengakibatkan anggaran kerugian kira-kira RM150,000.

Goh berkata keputusan pengadil pada perlawanan itu harus diberi pujian kerana situasi tersebut jarang berlaku dalam perlawanan bola sepak dan hanya terjadi dalam satu dari 1,000 perlawanan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan