PSG Juara Liga Perancis Lagi

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 11:16 AM

Pemain tengah PSG Blaise Matuidi, (depan tengah) meraikan kejayaan pasukannya apabila menewaskan Montpellier di Stadium La Mosson Stadium, Montpellier, selatan Perancis,Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PARIS Saint Germain (PSG) merangkul kejuaraan Liga Perancis ketiga berturut-turut selepas jaringan Blaise Matuidi dan Ezequiel Lavezzi membantu pasukan itu meraih kemenangan di Montpellier pada Sabtu.

PSG mendahului kedudukan liga dengan kelebihan lapan mata di hadapan pencabar utama, Lyon dan memerlukan satu mata untuk memastikan pasukan bimbingan Laurent Blanc bergelar juara liga.

'The Parisians' yang beraksi tanpa penyerang utama, Zlatan Ibrahimovic beraksi cemerlang dan mendahului seawal minit ke-17 menerusi jaringan Blaise Matuidi.

PSG menggandakan kelebihan pada minit ke-27 selepas Lavezzi menolak masuk bola selepas menerima hantaran daripada pemain pertahanan, Serge Aurier.

Asakan Montpellier berjaya mengurangkan jurang gol menerusi rembatan daripada penjaring terbanyak kelab tersebut, Anthony Mounier.

Walaupun berjaya menjaringkan gol, pasukan tuan rumah dilihat seperti tidak memberi masalah kepada PSG yang bertahan sehingga minit akhir perlawanan untuk memenangi kejuaraan liga yang kedua di bawah kendalian Blanc.

PSG akan mengakhiri kempen musim ini dengan menentang Stade Reims bagi perlawanan terakhir mereka dalam liga sebelum berdepan pasukan divisyen dua, Auxerre pada perlawanan akhir Piala Perancis pada 30 Mei nanti.

PSG kini berpeluang untuk menjadi pasukan pertama memenangi gelaran tiga kali berturut-turut setelah berjaya memenangi kejuaraan liga dan Piala Liga Perancis.


Tags / Kata Kunci: PSG , Liga Perancis , Montpellier

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan