Gagal Mara Ke Final Piala FA, Penyokong Terengganu Merusuh - Bola Sepak | mStar

Gagal Mara Ke Final Piala FA, Penyokong Terengganu Merusuh

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 7:57 AM

Pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling dengan objek oleh penyokong pasukan Terengganu selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam Sabtu.- fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Penyokong Terengganu bertindak liar dengan membaling batu ke arah kereta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di luar Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini selepas pasukan itu gagal layak ke final Piala FA 2015, malam Sabtu.

Penyokong merusuh selepas perlawanan akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, Mohd Amirul Izwan Yaacob tidak mengesahkan gol keempat Terengganu menerusi percubaan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-89 kerana berada pada kedudukan ofsaid.

Kemenangan 3-2 yang diraih skuad 'Penyu' pada perlawanan separuh akhir kedua itu, gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

Sebahagian besar penyokong Terengganu bertindak liar dengan melakukan kerosakan ke atas harta benda awam di stadium dengan memecahkan pintu kaca di laluan masuk selain dilaporkan turut membakar sebuah ambulans yang diletakkan di perkarangan stadium.

Keadaan tersebut memaksa pihak stadium memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang bertindak melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan kira-kira 15,000 penyokong Terengganu yang cuba menimbulkan kekecohan.

Sebuah bas yang membawa penyokong Lions XII turut dirosakkan oleh segelintir penyokong Terengganu yang tidak dapat menerima keputusan perlawanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abdul Rafar yang ditemui pemberita di venue berkenaan, enggan memberikan ulasan lanjut tetapi memberi jaminan siasatan menyeluruh akan dilakukan mengenai insiden kekecohan itu.

Tags / Kata Kunci: penyokong Terengganu , merusuh , Piala FA
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan