FAM Perlu Ambil Tindakan Tegas Insiden Rusuhan Di Terengganu - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 8:54 PM

Pasukan keselamatan terpaksa mengiringi pengadil yang dibaling dengan objek oleh penyokong pasukan Terengganu selepas perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

SABAK BERNAM: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan selepas tamat aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Terengganu dan Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Sabtu malam.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Jawatakuasa Disiplin FAM perlu menghukum pihak bertanggungjawab kerana insiden itu bukan sahaja menjejaskan imej bola sepak negara malah mengancam keselamatan penonton.

"Saya tegaskan di sini merusuh adalah tindakan yang tidak dapat diterima sama sekali dan keputusan pengadil yang tidak memuaskan tidak harus dijadikan sebagai alasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Fiesta Mesra Belia 1Malaysia Negeri Selangor di sini, Ahad.

Selain itu, beliau mahu FAM melakukan sesuatu bagi menangani persepsi negatif penyokong terhadap mutu pengadil bola sepak tempatan.

Khairy berkata FAM perlu memberi penjelasan mengenai perkara itu kerana insiden yang terjadi semalam bukan kali pertama tercetus akibat daripada penyokong tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

"FAM perlu memberitahu peminat bola sepak tempatan apakah prosedur-prosedur penilaian terhadap pengadil serta apakah tindakan dikenakan sekiranya terbukti keputusan yang dibuat adalah salah sebagai menangkis persepsi negatif ini,"katanya.

Gara-gara gol keempat Terengganu dinafikan pada perlawanan itu, hampir 15,000 penyokong pasukan tuan rumah bertindak liar dengan membakar harta benda serta sebuah ambulans dan merosakkan beberapa kemudahan lain di dalam dan luar perkarangan stadium itu.

Lebih mengecewakan penyokong apabila penyerang Terengganu Paulo Rangel dilayangkan kad merah manakala Gustavo Fabian Lopez menerima kad kuning kedua kerana dikatakan membantah keputusan pengadil itu.

Walaupun meraih kemenangan 3-2 pada perlawanan separuh akhir kedua itu, Terengganu gagal menghalang wakil Singapura, Lions XII untuk mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan setelah kedua-dua pasukan terikat 4-4 secara agregat.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan