Hari Terakhir Gerrard Di Anfield Penuh Duka

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 7:46 AM

Gerrard tidak dapat menahan sebaknya ketika meninggalkan Anfield.

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong The Reds dengan nota kurang gembira selepas tewas 1-3 kepada Crystal Palace pada perlawanan terakhirnya di Stadium Anfield.

Selepas hampir 17 tahun bersama Liverpool turun dalam 709 penampilan dengan 185 gol dan 10 trofi, pemain tengah berusia 34 tahun itu amat berharap aksi terakhirnya di Anfield dilengkapkan dengan kemenangan sebelum berhijrah ke kelab Amrika Syarikat, Los Angeles Galaxy.

The Reds berada lebih awal di depan menerusi jaringan Adam Lallana.

Namun gol daripada Jason Puncheon, pemain gantian Wilfried Zaha dan Glenn Murray merosakkan penampilan terakhir Gerrard.

Lebih menggembirakan buat Palace, pasukan itu berjaya menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut selain mencatat kemenangan pertama di Anfield sejak 1991.

Kekalahan itu turut mengakhiri segala peluang The Reds untuk mara ke saingan berprestij Liga Juara-Juara Eropah.

Ketika ramai yang menjangkakan Liverpool akan memperoleh kemenangan untuk meraikan Gerrard dengan Palace turut tidak berada di zon penyingkiran, tetapi sebaliknya berlaku.

Beberapa bekas legenda The Reds turut hadir pada perlawanan yang disaksikan 44,673 penyokong itu termasuk bekas pengurus, Gerard Houllier yang memberi peluang buat Gerrard menampilkan aksi pertama pada November 1998.

Gerrard berjalan memasuki padangan ditemani tiga anak perempuannya.

Bagi menghormati Gerrard, pemain kedua-dua pasukan memberi penghargaan kepadanya ketika memasuki padang ditemani anak perempuannya, Lourdes, Lexie dan Lilly-Ella.

Penyokong di tempat duduk kedua-dua pasukan juga mempamerkan mozek besar yang bagi memberi penghormatan kepada Gerrard.

Sementara itu, Gerrard berkata beliau tidak fikir akan kembali secara pinjaman selepas penampilan terakhirnya pada Sabtu.

"Saya berharap dapat kekal beraksi dalam perlawanan ini kerana hidup saya di sini setelah sekian lama dan saya amat menyukainya," kata Gerrard.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan