Manchester United Tepati Sasaran EPL Musim Ini

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 10:18 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis Van Gaal mengakui telah mencapai matlamatnya musim ini dengan membimbing pasukannya untuk berada pada kedudukan empat teratas di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun, kata Van Gaal, mengatasi masalah kecederaan pemainnya adalah cabaran paling sukar dihadapi dalam kempen pertamanya bersama United.

United akan menerima kunjungan Arsenal pada Ahad dan kejayaan mendapat tiga mata penuh akan membuka peluang untuk mereka  berada di kedudukan ketiga dalam liga.

Melihat kembali musim pertama yang dilalui, pengurus berusia 63 tahun itu berkata, dia serta ahli pengarah telah berbincang dan sasaran yang ingn dicapai pada musim ini adalah empat tempat teratas.

"Kami telah berbincang, saya dan ahli lembaga pengarah di Old Trafford dan menetapkan sasaran yang ingin dicapai iaitu untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

"United telah mencapai sasaran tersebut dengan berbaki dua perlawanan, jadi saya rasa itu sesuatu yang memuaskan," kata Van Gaal.

Van Gaal juga berpendapat bola sepak bukan sahaja mengenai ketahanan fizikal tetapi ia juga mengenai nasib apabila mengulas mengenai beberapa masalah kecederaan yang dihadapi pasukannya sebelum Krismas.

"Saya berpuas hati dengan prestasi mereka pada bahagian kedua musim ini tetapi semasa bahagian pertama musim ini kami menghadapi purata 10 kecederaan dalam masa seminggu dan tidak dapat menurunkan kesebelasan utama yang sama tetapi saya gembira sekarang.

"Ia bergantung kepada bagaimana kami membuat keseimbangan dalam pemilihan pemain dan ia perkara yang paling penting.

"Dan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk kami mengubah kedudukan pemain kerana kami perlu mengembalikan keseimbangan dalam membuat pilihan," katanya lagi.

Bekas pengurus Bayern Munich itu juga menggesa pemain muda United, Luke Shaw yang kurang beraksi pada musim ini akibat masalah kecederaan supaya tidak beraksi bersama skuad bawah 21 England yang akan bersaing di kejohanan Kejuaraan Eropah pada musim panas ini.

Shaw yang berpindah ke United dari Southampton dengan yuran perpindahan sebanyak 27 juta pound, hanya beraksi dalam 16 perlawanan liga musim ini akibat kecederaan tetapi ingin beraksi bersama skuad Gareth Southgate.

"Dia perlu berehat kerana telah melampaui had dirinya.

"Kami perlu menjaga dia dan saya berharap Gareth Southgate memahami situasi kami," kata Van Gaal mengenai pemain berusia 19 tahun itu.



Tags / Kata Kunci: Manchester United , Van Gaal , EPL

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan