Skuad B-23 Negara Lakar Kemenangan Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 11:57 PM

Kim Swee (kiri)ketika sesi latihan skuad B23.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 23 (B-23) negara meraih kemenangan kedua pada aksi persahabatan setelah mengalahkan skuad Liga Perdana Sabah 3-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah, pada Jumaat malam.

Pemain Perak, Muhammad Nurridzuan Abu Hassan Saari meletakkan skuad B-23 negara di hadapan seawal minit pertama setelah memanfaatkan kesilapan yang dilakukan pertahanan Sabah.

Skuad muda negara menjaringkan gol kedua pada minit ke-55 menerusi Mohammad Faizat Ghazali yang menampan masuk bola hasil hantaran Muhammad Nurridzuan, demikian menurut laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pemain gantian, Muhammad Farhan Roslan mengesahkan kemenangan selesa skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-83 setelah beliau dijatuhkan pemain Sabah, Alto Linus di dalam kotak penalti.

Skuad B-23 negara sebelum ini, mengalahkan pasukan Liga FAM, Real Mulia FC 4-1 pada aksi persahabatan pertama di padang Pusat Latihan Maybank, Bangi dekat sini, Isnin lepas.

Malaysia bakal berdepan skuad B-23 Indonesia pada aksi pemanas badan ketiga pada 21 Mei ini, namun mereka masih menunggu maklum balas daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung venue perlawanan.

Perlawanan persahabatan berkenaan merupakan persiapan Kim Swee bagi menghadapi Sukan SEA 2015 di Singapura, dengan bola sepak menjadi acara pertama yang membuka tirai temasya itu, penghujung bulan ini.

Malaysia berdepan laluan sukar dalam acara bola sepak pada temasya dwitahunan itu selepas diundi dalam Kumpulan B bersama juara bertahan Thailand selain Vietnam, Laos, Brunei dan Timor Leste.

Skuad muda negara akan membuka kempen menentang Timor Leste pada 30 Mei; Vietnam (2 Jun); Thailand (4 Jun); Brunei (8 Jun) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Laos pada 11 Jun.

Kesemua perlawanan Kumpulan B berlangsung di Stadium Bishan, manakala aksi Kumpulan A yang melibatkan tuan rumah Singapura, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja di Stadium Jalan Besar.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan