Isu Sathianathan: FAM Hantar Surat Kepada ATM

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 7:32 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Kemelut di antara Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan jurulatihnya, B Sathianatan semakin berpanjangan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima aduan terhadap ATM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan, Jabatan Udang-Undang badan induk itu dalam proses meneliti kes terbabit dengan lebih lanjut dan tindakan susulan akan diambil pada minggu depan.

"FAM telah menerima aduan dari Sathianathan minggu lalu, Jabatan Undang-Undang akan mengambil tindakan selanjutnya.

"Mungkin dalam minggu depan mereka akan menghantar surat kepada ATM dan Sathianathan untuk memberi penjelasan dan afidavit berkenaan kes terbabit,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco FAM di Wisma, pada Khamis.

Sathianatan sebelum ini mengemukakan aduan kepada FAM pada 7 Mei lalu berikutan tidak berpuashati dengan tindakan ATM merehatkannya selain pengurusan pasukan itu tidak memberi sebarang jawapan berkenaan surat maklum balas yang di kemukakan jurulatih berusia 56 tahun itu.

Sathianatan menerima surat tunjuk sebab daripada ATM pada 21 April lalu selepas direhatkan pada 14 April berikutan prestasi hambar The Gladiators dalam saingan Liga Super.

Bagaimanapun Sathianatan mengambil keputusan merujuk kes ini kepada FAM kerana gagal mendapat sebarang penjelasan selepas dia membalas surat tunjuk sebab daripada ATM.

Tags / Kata Kunci: ATM , FAM

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan