Liga Juara-Juara Eropah: Juventus Singkir Real Madrid, Mara Ke Pentas Akhir

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 7:50 AM

Pemain-pemain Old Lady meraikan kemenangan mereka mara ke aksi akhir Liga Juara-Juara selepas menyingkirkan juara bertahan, Real Madrid dengan agregat 3-2.

(Ubah saiz teks)

JUVENTUS berjaya mara ke pentas akhir aksi Liga Juara-Juara Eropah (CL) selepas mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Real Madrid di Bernabeu awal pagi Khamis.

Dengan kemenangan 2-1 pada aksi pertama minggu lalu, Juventus mengatur permainan bijak mengawal permainan sebelum mengesahkan slot akhir milik mereka dengan agregat 3-2.

Jaringan Alvaro Morata pada minit ke-57 berjaya menepis kemaraan tuan rumah apabila Cristiano Ronaldo membuka jaringan pada minit ke-23 melalui sepakan penalti.

Skuad Carlo Ancelotti gagal menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk menambah jaringan pada babak kedua permainan.

Harapan Los Blancos untuk mempertahankan kejuaraan akhirnya berkecai sekaligus membuka peluang skuad Old Lady menamatkan 12 tahun kemarau mara ke aksi akhir.

Juventus yang juga juara Serie A musim ini bakal bertemu Barcelona di pentas akhir pada 6 Jun ini.

Kali terakhir skuad Juventus yang kini dibimbing Massimiliano Allegri pada tahun 1996 selepas pertama kali bergelar juara musim 1985.

Tags / Kata Kunci: Liga juara-juara , Juventus , Real Madrid

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan