Lionel Messi Pemain Terbaik Dunia Sepanjang Zaman - Pep Guardiola

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 3:25 PM

Pep Guardiola (kanan) mengucapkan syabas kepada Messi, pemain yang pernah dilatihnya ketika di Barcelona dan kini menganggap pemain Argentina itu sebagai pemain terbaik sepanjang zaman setaraf dengan legenda bolasepak, Pele.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Bayern Munich, Pep Guardiola menyifatkan bekas pemainnya, Lionel Messi sebagai pemain terbaik dunia sepanjang masa setaraf dengan Pele, selepas Barcelona menewaskan pasukannya dengan agregat 5-3 pada separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung awal pagi Rabu (waktu Malaysia).

Pada perlawanan tersebut, Bayern menang 3-2 tetapi Barcelona menewaskan mereka 3-0 pada perlawanan pertama minggu lalu.

"Ternyata dia (Messi) adalah pemain terbaik dunia sepanjang zaman dan kebolehannya adalah setaraf dengan Pele. Messi adalah pemain yang serba lengkap," kata Guardiola.

Messi, telah pun menyumbat 10 gol dalam siri kejohanan Piala Eropah musim ini termasuklah menjaringkan dua gol dalam kemenangan Barca 3-0 ke atas Bayern dalam perlawanan pertama minggu lalu.

"Adalah menjadi satu keistimewaan untuk berpeluang melatihnya," ujar Guardiola lagi.

Guardiola sendiri memenangi Piala Eropah dua kali bersama Messi ketika melatih Barcelona dari tahun 2008-2012.

Malangnya, sepanjang tempoh dua musim dia bersama Bayern, jurulatih Sepanyol itu gagal mengulangi magiknya ketika bersama Barcelona dulu. Ternyata dia berupaya melakukannya dahulu kerana adanya Messi.

Messi, yang kali terakhir beraksi dalam perlawanan final pada 2011 ketika Guardiola masih mengemudi Barcelona dan menang juga menjaringkan 40 gol dalam La Liga musim ini.

Barcelona hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk menjuarai La Liga musim ini.

Peranan Messi dalam perlawanan menentang Bayern di Alliaz Arena lebih menjurus sebagai pengemudi dan menyumbang hantaran-hantaran yang tepat kepada Neymar dan Luis Suarez untuk melakukan penyudahan.

Bayern ternyata tumpul di barisan hadapan dengan ketiadaan dua pemain sayap iaitu Arjen Robben dan Franck Ribery akibat kecederaan ditambah lagi dengan kecederaan yang turut dialami oleh dua pemain pertahanan utama iaitu David Alaba dan Holger Badstuber.

Dengan kekalahan ini, Bayern menamatkan musim dengan hanya menjulang kejuaraan liga.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan