Hazard Tambah Koleksi Peribadi, Dipilih Pemain Terbaik FWA

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

BINTANG Chelsea, Eden Hazard menambah koleksi anugerah peribadi setelah dinobatkan sebagai pemenang Pemain Terbaik Persatuan Penulis-Penulis  Bola Sepak (FWA).

Hazard yang juga penerima anugerah Pemain Terbaik PFA, menerima 53 peratus undi untuk memenangi anugerah tersebut.

Bintang Belgium,24, itu merupakan pemain Chelsea yang pertama memenangi anugerah tersebut selepas Frank Lampard memenanginya pada musim 2004/2005.

Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menduduki tempat kedua manakala kapten Chelsea, John Terry berada di tempat ketiga.

Hazard menjaringkan 19 gol dalam semua perlawanan bagi musim ini serta membantu Chelsea untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hazard berpindah ke Chelsea dari Lille di mana dia menerima anugerah pemain terbaik Liga Perancis sebanyak dua kali dengan yuran perpindahan sebanyak 32 juta pound (RM180 juta) pada tahun 2012.

Pengerusi FWA, Andy Dunn berkata Hazard layak disenaraikan bersama pemain bertaraf dunia dalam senarai terhormat FWA.

"Dia merupakan seorang pemain yang mampu mencipta peluang, menjaringkan gol, serta bekerja keras dan dia juga merupakan sumber ancaman utama bagi pasukan Chelsea.

"Ia bukan sahaja mengenai kelincahan, kesenian dan kemahiran Hazard dalam membuat serangan yang menjadikan dia sebagai satu aset yang tidak ternilai untuk skuad Jose Mourinho.

"Hazard telah memulakan kesemua 36 perlawanan liga dan dia merupakan pemain yang sering menjadi perhatian pihak lawan dan itu juga merupakan satu pencapaian," kata Dunn.

Dunn juga percaya Hazard merupakan pengganti terbaik kepada Luis Suarez dan berharap pemain berusia 24 tahun itu akan kekal lebih lama dalam EPL.

Hazard akan menerima trofi pemain terbaik itu pada pada majlis gala makan malam di Hotel Landmark London pada 21 Mei ini.

Sementara itu, Kane juga melalui musim yang baik bersama Spurs setelah menyisihkan Emmanuel Adebayor dan Roberto Soldado untuk menjadi penyerang utama pasukannya.

Pemain muda England itu juga menjadi pemain Spurs yang pertama berjaya menjaringkan 30 gol dalam satu musim selepas Gary Lineker.

Terry juga merupakan antara pemain penting yang membantu Chelsea memenangi kejuaraan liga dengan menunjukkan corak pertahanan yang baik.

Bekas kapten England itu juga telah beraksi dalam semua perlawanan liga dan berjaya menjaringkan lima gol.

Tiga pemain Chelsea, Cesc Febregas, Branislav Ivanovic, dan Thibaut Courtois turut tersenarai dalam kedudukan sepuluh teratas.

Pemain lain yang turut menerima undian adalah penyerang Arsenal Alexis Sanchez, penjaga gol Manchester United David De Gea,  penyerang Manchester City, Sergio Aguero serta pemain Leicester City Estaban Cambiasso.

Tags / Kata Kunci: Eden Hazard , Chelsea , FWA , Belgium

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan