Liga Juara-Juara: Barcelona Tempah Tiket Ke Pentas Akhir

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 8:00 AM

Neymar meledak dua gol pada aksi bertemu Bayern awal pagi Rabu.

(Ubah saiz teks)

BARCELONA mara ke pentas akhir Liga Juara-Juara Eropah (CL) buat kali kelapan selepas mencatat kemenangan secara agregat 5-3 ke atas Bayern Munich dalam aksi separuh akhir kedua di Allianz Arena awal pagi.

Kemenangan 3-2 skuad tuan rumah yang dibimbing Pep Guardiola itu belum cukup untuk menghalang Barcelona mara ke aksi final di Berlin pada 6 Jun ini.

Mehdi Benatia membuka jaringan seawal tujuh minit permainan, namun penyerang Barca, Neymar menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Neymar sekali lagi meledak gol keduanya pada minit ke-29  sekaligus pemain antarabangsa Brazil itu kini merekodkan sembilan gol dalam aksi CL, menyamai rekod bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan ketinggalan satu gol daripada rakan sepasukannya, Lionel Messi.

Bayern berjaya bangkit pada babak kedua dengan menambah dua jaringan melalui Robert Lewandowski (59') dan Thomas Muller (74), namun sudah terlambat untuk mencari gol kemenangan.

Sementara itu, Barca yang dibimbing Luis Enrique ini bakal bertemu juara bertahan, Real Madrid atau Juventus dalam saingan akhir nanti yang turut mencatat penampilan pertama mereka selepas 2011 ketika kemenangan ke atas Manchester United di Stadium Wembley.

Juventus bertandang ke Stadium Bernabeu bertemu anak buah Carlo Ancelotti dengan membawa kemenangan 2-1 yang dicatat dalam aksi pertama di Turin minggu lalu.

Sebagai rekod, Barcelona pernah menjulang trofi berprestij ini pada tahun 1992,2006,2009 dan 2011.

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Liga Juara-Juara , Bayen Munich

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan