Guardiola Nafi Akan Berpindah Ke Manchester City

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 11:48 AM

(Ubah saiz teks)

JURULATIH Bayern  Munich, Pep Guardiola menafikan khabar angin kemungkinan akan berhijrah ke Manchester City musim depan.

Jelasnya, dia akan melihat kontrak yang ada sekarang bersama skuad juara liga Jerman ini.

"Saya sudah memberitahu lebih 200 juta kali bahawa saya masih lagi mempunyai kontrak setahun di sini.

"Musim depan saya akan berada di sini dan itu sahaja yang benar," jelas Guardiola.

Biarpun berjaya membawa Bayern menjuarai aksi liga musim ini, kedudukan Guardiola masih goyang selepas tewas 1-0 kepada Augsburg dalam aksi liga pada Sabtu lalu sekaligus mencatat kekalahan kali keempat berturut-turut buat pertama kali sejak tahun 1991.

Malah pengendali dari Sepanyol ini tidak begitu gembira dengan aksi Eropah seperti mana yang dicatat dua tahun lalu.

Guardiola ditagih untuk mengembalikan saingan selepas skuadnya tewas 0-3 kepada Barcelona dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.

Dan pastinya tugas berat buat Guardiola untuk mencari mata kemenangan ke atas Barca pada aksi timbal balik yang bakal berlangsung di Stadium Allianz Arena, awal pagi Rabu.

"Barcelona amat sukar untuk ditewaskan. Jika terleka, pastinya kami terhukum.

"Kami pasukan Bayern, sebelum perlawanan kami tidak pernah cakap tidak ada peluang. Sudah tentu kami ada..," jelasnya yang pernah membawa Barca menjuarai liga sebanyak tiga kali sebelum ini.

Tags / Kata Kunci: Bayern munich

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan