Pilihan Malaysia Lwn Tottenham Hotspurs Sekadar Hiburan - Pro Events

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 12:24 PM

Julian Kam (kanan) dan Boon Wah (kiri) menyerahkan tiket perlawanan persahabatan Tottenham Hotspur bertemu Pilihan Malaysia kepada Wong Chun Wai (tengah) di Menara Star pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Malaysia menentang Tottenham Hotspur yang dijadualkan pada 27 Mei ini bukan acara 'sarkas' tetapi satu hiburan untuk peminat bola sepak di negara ini, jelas penganjurnya, Pro Events.

Ketua Pegawai Eksekutif Pro Events, Julian Kam menjelaskan, perlawanan di Stadium Shah Alam itu tidak bertujuan merebut piala atau meningkatkan kedudukan ranking Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) tetapi diadakan khas untuk peminat bola sepak Malaysia.

"Saya tahu penyokong bola sepak Malaysia sangat berdedikasi dalam memberi sokongan kepada pasukan negara serta aktiviti bola sepak di Malaysia dan itu merupakan satu perkara yang baik.

"Kami merupakan syarikat yang menganjurkan program dan aktiviti hiburan berkaitan sukan jadi perlawanan persahabatan ini merupakan satu aktiviti hiburan sahaja.

"Ia sama seperti orang ramai yang membeli tiket untuk menyaksikan sesebuah konsert," kata Julian selepas majlis penyerahan tiket perlawanan kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Star, Datuk Seri Wong Chun Wai di Menara The Star, Isnin.

Perlawanan persabahatan pilihan Malaysia menentang Tottenham menjadi kontroversi apabila rata-rata penyokong bola sepak menggelarkannya sebagai 'perlawanan sarkas' kerana tidak mendatangkan faedah kepada pasukan kebangsaan.

Bagi pengkritik, skuad kebangsaan sepatutnya memberi fokus dalam perlawanan yang dapat membantu menaikkan semula ranking negara dan merebut slot kelayakaan Piala Dunia.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Pro Events, San Boon Wah berkata, jualan tiket bagi perlawanan tersebut mendapat sambutan positif walaupun terdapat penyokong Malaysia yang tidak bersetuju dengan perlawanan tersebut.

"Setakat ini sebanyak 11,000 tiket telah dijual tetapi kami masih mengharap lebih ramai peminat bola sepak hadir untuk menonton perlawanan tersebut.

"Kami mensasarkan lebih banyak tiket akan dijual menjelang hari perlawanan kerana orang ramai sering mendapatkan tiket pada saat-saat akhir.

"Pihak kami menganjurkan perlawanan ini atas dasar hiburan sukan kerana tahun ini merupakan tahun melawat Malaysia dan ia juga akan diadakan di Stadium Shah Alam kerana tahun ini juga merupakan tahun melawat Selangor," katanya.

Boon Wah percaya perlawanan ini mampu menarik perhatian peminat bola sepak di Malaysia kerana beberapa pemain utama Spurs akan beraksi pada perlawanan itu.

"Beberapa pemain dari pasukan utama akan beraksi menentang pasukan pilihan Malaysia seperti pemenang anugerah Pemain Muda Terbaik PFA, Harry Kane serta kapten pasukan Perancis, Hugo Lloris.

"Kehadiran pemain-pemain ini mampu menarik minat penyokong bola sepak untuk datang ke stadium dan menyaksikan perlawanan ini ditambah pula dengan pasukan Spurs yang akan beraksi di sini untuk kali pertama sejak 1979," katanya lagi.





Tags / Kata Kunci: Tottenham Hotspurs , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan