Lima Pasukan Terus Berentap Untuk Kekal Dalam Liga Perdana Inggeris

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 1:46 PM

(Ubah saiz teks)

> Hull City, Newcastle United, Sunderland, Leicester City dan Aston Villa masih belum selamat

> Mereka masih ada dua atau tiga (untuk Sunderland) perlawanan sahaja lagi untuk elak malapetaka

> Tapi Hull City berada dalam kedudukan paling getir

> Newcastle juga dalam bahaya tapi masih punya peluang besar untuk selamat

> Sunderland menang dua perlawanan berturut-turut hasil inspirasi Dick Advocaat

> Leicester dan Aston Villa punya peluang lebih cerah untuk kekal di EPL

SELEPAS Burnley dan QPR disahkan tersingkir ke liga kejuaraan musim depan kini hanya tinggal satu sahaja lagi slot untuk diisi oleh kelab ketiga yang akan mengiringi mereka.

Berdasarkan kedudukan terkini selepas perlawanan hujung minggu lalu dan dengan hanya berbaki dua atau tiga perlawanan sahaja lagi sebelum musim ini berakhir, boleh dikatakan terdapat lima buah kelab terpaksa bersaing untuk terus kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

Kelab-kelab itu ialah Hull City, Newcastle United, Sunderland, Leicester City dan Aston Villa.

Dari kalangan lima kelab berkenaan, Hull City berada dalam kedudukan paling tidak selamat.Mereka kini berada di tangga ke-18 daripada 20 buah pasukan yang bersaing dalam EPL.

Tewas kepada Burnley Sabtu lalu tidak membantu untuk melegakan keadaan.

Berikut adalah situasi semasa kedudukan lima buah kelab yang berpotensi tersingkir ke liga bawah dalam tempoh dua minggu dari sekarang:

HULL CITY: Pengurus pasukan, Steve Bruce sekurang-kurangnya perlu menang satu daripada baki dua perlawanan untuk terus kekal dalam EPL. Malangnya mereka bakal berhadapan dengan dua pasukan yang tidak mudah dikalahkan iaitu Tottenham dan Manchester United. Tottenham berazam untuk bangkit daripada persembahan buruk dalam tiga perlawanan terakhir mereka manakala United walaupun sudah terjamin tempat untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan masih berpeluang memperbaiki kedudukan mereka jika menang dalam dua baki perlawanan lagi.

Sabtu ini: Lawan Tottenham (tempat lawan), 24 Mei: Lawan Manchester United (tempat sendiri).

NEWCASTLE UNITED: Tewas dalam tujuh perlawanan terakhir mereka, tetapi berjaya meraih satu mata dalam perlawanan Sabtu lalu melegakan keadaan namun masih tidak selamat. Mereka kini hanya berada satu tapak di atas Hull dalam liga dan nampaknya perlu menang baki dua perlawanan lagi jika mahu terus selamat.

Sabtu ini: Lawan QPR (tempat lawan), 24 Mei: Lawan West Ham (tempat sendiri).

SUNDERLAND: Sikap dan komitmen yang ditunjukkan mereka sejak jawatan pengurus bertukar tangan kepada bekas pengurus pasukan kebangsaan Belanda, Dick Advocaat sangat menakjubkan leboh-lebih lagi dalam perlawanan menentang Everton Sabtu lepas di mana mereka menang 2-0. Namun mereka berhadapan dengan tiga perlawanan yang sangat sukar selepas ini.

Sabtu ini: Lawan Leicester (tempat sendiri), 20 Mei: Lawan Arsenal (tempat lawan), 24 Mei: Lawan Chelsea (tempat lawan).

LEICESTER CITY: Nasib mereka kelihatan sangat buruk sepanjang bulan Mac tetapi Leicester muncul garang sepanjang April dan Mei dan ini mungkin menjadi petanda yang mereka mempunyai selera untuk terus kekal dalam EPL. Mereka hanya memerlukan satu kemenangan sahaja lagi untuk terus kekal.

Sabtu ini: Lawan Sunderland (tempat lawan), 24 Mei: Lawan QPR (tempat sendiri).

ASTON VILLA: Tim Sherwood berjaya mengubah nasib Villa dengan gaya permainan yang pantas dan enggan mengaku kalah. Mereka hanya perlu seri dengan Southampton Sabtu ini dan kemudian tewaskan Burnley dalam perlawanan terakhir untuk terus kekal dalam liga perdana.

Sabtu ini: Lawan Southampton (tempat lawan), 24 Mei: Lawan Burnley (tempat sendiri).


iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan