Aksi Persahabatan Menentang Indonesia 21 Mei Diteruskan - Kim Swee

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 11:35 PM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee mengesahkan aksi persahabatan menentang Indonesia pada 21 Mei ini akan diteruskan seperti biasa.

Pengendali berusia 45 tahun itu berkata, beliau masih menunggu surat rasmi berhubung perlawanan berkenaan daripada Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berhubung venue perlawanan.

Skuad B-23 negara terlebih dahulu akan diuji oleh pasukan Liga Perdana Sabah di Kota Kinabalu pada aksi pemanas badan kedua, 15 Mei ini.

"Jika kita tidak dapat perlawanan menentang Indonesia, ini akan merencatkan perancangan saya (menghadapi Sukan SEA 2015)," kata Kim Swee ketika ditemui pemberita selepas perlawanan persahabatan pertama skuad B-23 negara menentang kelab Liga FAM, Real Mulia FC (RMFC), di Padang Pusat Latihan Maybank di sini, Isnin.

Skuad B-23 negara ketinggalan 0-1 pada babak pertama hasil jaringan pemain RMFC Saufie Hamid pada minit ke-27 sebelum bangkit meledak empat gol menerusi dua jaringan S. Kumaahran pada minit ke-48 dan 84, Adam Nor Azlin (64') dan Mohd Syazwan Tajudin (67').

Dalam pada itu, Kim Swee berkata, beliau masih menunggu maklum balas daripada penganjur Sukan SEA untuk membenarkan penyerang Johor Darul Ta'zim II,

Shafiq Shaharuddin dimasukkan dalam senarai awal 29 pemain ke temasya sukan berkenaan.

Kim Swee dilaporkan tidak mendaftarkan nama Shafiq pada pendaftaran awal pemain ke Sukan SEA 2015 setelah pemain itu mengalami kecederaan ketika beraksi bersama pasukan JDT II dalam saingan Liga Perdana.

"Saya berharap kita dapat selesaikan perkara berkenaan dalam masa terdekat, selewat-lewatnya penghujung minggu ini," kata bekas pemain kebangsaan era 90-an itu.

Mengulas perlawanan hari ini, Kim Swee berpuashati dengan persembahan ditampilkan pemain kendaliannya dan berharap mereka akan mempamerkan aksi lebih cemerlang dalam baki perlawanan persahabatan.

Beliau turut mengingatkan kesemua pemain untuk bekerja keras kerana tiada slot automatik akan diberikan untuk beraksi pada temasya sukan dwitahunan itu.

Kim Swee dijangka menamakan senarai akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2015 pada 27 Mei ini.

Sementara itu, jurulatih RMFC, Yunus Aliff memuji skuad B-23 negara yang mempamerkan aksi cemerlang pada perlawanan itu dan yakin mereka akan melakar keputusan positif dalam saingan Sukan SEA nanti.

Beliau yang pernah mengendalikan beberapa pasukan tempatan menjelaskan hanya menurunkan barisan kedua pada perlawanan itu memandangkan skuad utama mereka menentang wakil kelab Pahang, Shahzan Muda pada aksi Liga FAM di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Ahad.

"Kami mempunyai skuad besar seramai 36 pemain, jadi tiada masalah. Saya beritahu pemain supaya merebut peluang dapat berdepan skuad B-23 negara ini untuk menimba pengalaman," jelas Yunus.

-- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kim Swee

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan