Memphis Depay Jaring Gol Menakjubkan Sebagai Hadiah Perpisahan

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 9:25 AM

(Ubah saiz teks)

BAKAL pemain Manchester United pada musim depan, Memphis Depay menghasilkan jaringan peribadi  ke-25 dalam liga Belanda dengan sepakan percuma sejauh 27 meter.

Dalam pertemuan antara PSV Eindhoven menentang Heracles pada Ahad berkesudahan dengan PSV menang 2-0.

Salah satu gol itu dijaringkan oleh Depay yang bakal berhijrah ke Old Trafford pada Julai ini dengan nilai perpindahan sebanyak £25 juta.

Berikutan jaringan itu juga, Depay muncul sebagai pemain yang akan dianugerahkan Kasut Emas Belanda, seperti yang pernah dimenangi Ruud Van Nistelrooy, Luis Suarez dan Marco van Basten sebelum berhijrah ke Liga Perdana Inggeris.

"Mendapat penghormatan dan sokongan penyokong pada perlawanan terakhir di gelanggan sendiri merupakan sesuatu yang hebat bagi saya.

"Saya akan berhijrah ke kelab besar, tetapi tidak akan lupa apa yang kelab ini pernah lakukan kepada saya," jelas Depay.

Pemain kebangsaan Belanda itu berkata, semua pihak di PSV telah meraikan perpisahan yang bakal berlaku dan perkara itu sukar untuk dilupakan.

"Saya telah menghabiskan banyak masa di akademi PSV sebelum mewakili pasukan utama. Penyokong juga banyak memberi sokongan. Sebab itulah saya perlu menghadiahkan sesuatu (gol) kepada mereka," ujarnya. 

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Memphis Depay

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan