Man United Mula Membentuk Skuad 2015-2016

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 10:19 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER UNITED mula membentuk skuad bagi menghadapi saingan 2015-2016 dengan mendapatkan Memphis Depay sebagai langkah pertama.

Pemain itu diumumkan telah bersetuju untuk berhijrah ke Old Trafford pada Julai ini selepas jendela pemindahan pemain dibuka semula.

Berikutan itu, penganalisis Liga Perdana Inggeris meramalkan bahawa tindakan Louis van Gaal tidak akan terhenti di situ.

Sebaliknya, jurulatih kelahiran Belanda terbabit dijangka akan terus memburu pemain pertahanan dan tengah Borussia Dortmunds, Mats Hummels serta Ikay Gundogan yang kini menjadi rebutan Arsenal termasuk Bayern Munich.

Selain itu, pemain muda Southampton, Nathaniel Clyne turut dikaitkan akan ke Old Trafford sebagai pelengkap kepada kesebelasan utama yang diinginkan Van Gaal.

Pada masa sama, United dilapor perlu berusaha memujuk David De Gea untuk bersetuju melanjutkan kontrak dengan tawaran gaji sebanyak £200,000 seminggu.

Penjaga gol itu kini menjadi sasaran utama Real Madrid untuk menggantikan Iker Casillas. 

Dailymail Online mendedahkan kesebelasan utama Man United untuk musim depan seperti di bawah -


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan