Liga Europa: Sevilla Tewaskan Fiorentina 3-0

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 7:27 AM

Vidal meraikan jaringannya.

(Ubah saiz teks)

ALEIX Vidal menjaringkan dua gol ketika Sevilla menewaskan Fiorentina 3-0 pada pusingan pertama separuh akhir Liga Europa di Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi Jumaat.

Vidal melakar kejutan apabila membuka jaringan seawal minit ke-17 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-53.

Pemain pertahanan itu turut mengatur bola yang dilengkapkan Kevin Gameiro pada minit ke-75.

Fiorentina terlepas peluang untuk bangkit menerusi Matias Fernandez.

Jurulatih Vincenzo Montella itu perlu memperbaiki sentuhan anak buahnya apabila melayan kunjungan Sevila di gelanggang sendiri pada minggu depan sekiranya mahu menghidupkan peluang mara ke pusingan final di Warsaw.

Sevilla dilihat berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke final dengan berbekalkan tiga mata penuh.

Senarai Pemain:

SEVILLA: Rico, Vidal, Carrico, Kolo, Tremoulinas, Krychowiak, Mbia, Banega, Reyes, Vitolo, Bacca. 

FIORENTINA: Neto, Tomovic, Savic, Rodriguez, Alonso, Fernandez, Badelj, Borja Valero, Joaquin, Gomez, Salah.
Tags / Kata Kunci: Sevilla , Fiorentina , Liga Europa

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan