Piala FA: Azraai Khor Arah Rantai Dickson

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 6:04 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah mahu anak buahnya merantai pergerakan penyerang Pahang Dickson Nwakaeme apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok.

Beliau berkata bekas penyerang Kelantan itu merupakan tonggak kekuatan pasukan Pahang yang semakin cemerlang dalam kempen Liga Malaysia, musim ini.

"Kita perlu awasi barisan serangan Pahang iaitu Dickson dan Matias Conti, selain mereka juga ada Mohd Hafiz Kamal yang berupaya membuat hantaran berbahaya.

"Kita tahu Pahang begitu mantap di setiap bahagian...apa pun kita sudah bersedia dan akan berjuang habis-habisan," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Azraai Khor berkata penyerang import Kelantan dari Nigeria, Austin Amutu mungkin tidak dapat beraksi pada perlawanan tersebut kerana masih dibelenggu kecederaan.

"Kalau dilihat dia (Amutu) tidak 100 peratus pulih tetapi kita ada pemain tempatan yang dapat ambil alih tempatnya," katanya sambil mengharapkan kehadiran Amirizdwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan Kelantan dapat mengekang asakan Pahang.

Jurulatih itu menegaskan The Red Warriors perlu menjaringkan gol pada perlawanan itu bagi menjamin bekalan selesa pada aksi separuh akhir kedua, 16 Mei ini.

"Kita berharap tidak dibolosi, saya harap strategi yang akan diatur itu akan menghasilkan sesuatu...kita mahukan gol di tempat lawan," katanya. 

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Pahang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan