Pele Dimasukkan Ke Hospital Buat Kali Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 7:43 AM

Pele dimasukkan ke hospital selepas mengalami pembengkakan prostat.

(Ubah saiz teks)

BEKAS bintang Brazil, Pele, 74, dimasukkan ke hospital buat kali kedua dalam tempoh enam bulan.

Jurucakap Hospital Albert Einstein mengesahkan Pele berada di hospital tersebut tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

Seorang pembantu kepada Pele tidak boleh dihubungi buat masa ini.

Portal berita tempatan Globoesporte memberitahu Pele menjalani pembedahan pada Selasa selepas menghidapi penyakit pembengkakan prostat yang meningkatkan risiko jangkitan kencing kotor.

Portal tersebut bagaimanapun tidak memetik sebarang sumber.

Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, dibenarkan keluar dari hospital yang sama pada awal Disember lalu selepas dimasukkan ke dalam wad selama dua minggu kerana mengalami masalah buah pinggang.

Pele merupakan legenda bola sepak dunia selepas menjaringkan lebih 1,280 gol sepanjang kariernya.

Tags / Kata Kunci: Pele , Brazil

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan