Memphis Depay Dedah Sebab Pilih Man United - Bola Sepak | mStar

Memphis Depay Dedah Sebab Pilih Man United

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

MEMPHIS DEPAY menyifatkan Manchester United sebagai 'kelab yang sangat diimpikan' selepas pemain terbabit bersetuju untuk berhijrah ke Old Trafford pada Khamis.

Depay dijangka akan meninggalkan PSV Eindhoven secara rasmi ada Jun selepas jendela pemindahan pemain dibuka, dan dia akan disahkan sebagai pemain United setelah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan.

"Ia sangat mengujakan dan tempoh yang sibuk untuk memilih di antara kelab terkenal, ia bukannya mudah.

"Pada saya, Manchester United merupakan kelab yang sangat diimpikan. Oleh itu saya tidak perlukan sesiapa yang bermain di situ untuk mempengaruhi saya.

"Mereka cuma beritahu perkara positif dan saya melihat peluang untuk bermain bersama rakan dari Belanda dan semua bintang Manchester United.

"Bermain di bawah kendalian Louis van Gaal juga merupakan bonus bagi saya," jelas Depay.

Pemain berusia 21 tahun itu turut tidak menafikan telah mendapat tawaran daripada kelab lain termasuk Liverpool, namun enggan mendedahkan. 


Tags / Kata Kunci: Manchester United , Memphis Depay
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan