Real Madrid, Barcelona, Man United Kelab Paling Bernilai

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

REAL MADRID berjaya mengekalkan kedudukan sebagai kelab bola sepak paling bernilai di dunia, manakala lapan pasukan dari Liga Perdana Inggeris mengisi kedudukan 20 teratas dalam carta yang dikeluarkan Forbes.

Real Madrid yang sedang mengintai slot final Liga Juara-Juara Eropah dilapor mengalami penurunan nilai sebanyak lima peratus (£2.13 bilion) pada tahun ini, tetapi jumlah pendapatan sebanyak £489 juta itu menjadikan ia sebagai kelab yang nombor satu di dunia.

Musuhnya dalam La Liga iaitu Barcelona berada di kedudukan kedua dengan nilai £2.07 bilion dan mencatat jumlah pendapatan sebanyak £431 juta - bakal menerima lebih pendapatan jika menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Walaupun tidak layak bersaing di peringkat Eropah dan tidak menjuarai Liga Perdana Inggeris, namun Manchester United mampu berada di kedudukan ketiga kelab paling bernilai.

Kelab gergasi England itu dilapor bernilai £2.03 bilion dan akan meningkatkan jumlahnya apabila menandatangani tajaan selama 10 tahun dengan Adidas.

Selain skuad bimbingan Louis van Gaal, terdapat kelab lain yang mewakili England berada di kedudukan 20 kelab paling bernilai.

Antaranya ialah Manchester City, Chelsea, Arsenal dan Liverpool.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Barcelona , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan