Liga Perdana: Perlawanan Negeri Sembilan - Pulau Pinang Jumaat Ini - Bola Sepak | mStar

Liga Perdana: Perlawanan Negeri Sembilan - Pulau Pinang Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 4:57 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Negeri Sembilan menentang Pulau Pinang yang dibatalkan pada 12 April lepas akan diadakan semula di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini pada Jumaat ini. 

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan Datuk Abd Halim Abd Latif berkata perlawanan itu akan berlangsung mulai pukul 8.45 malam.

"Sehubungan itu, penonton yang mempunyai keratan tiket untuk perlawanan yang telah dibatalkan pada 12 April lepas bolehlah gunakan semula keratan tiket tersebut bagi menyaksikan perlawanan Jumaat ini," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Pada 12 April lepas, perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu di StadiumTuanku Abdul Rahman, Paroi terpaksa ditunda selepas perlawanan gagal dimulakan apabila padang ditakungi air ekoran hujan lebat disertai petir.

Keputusan penundaan perlawanan itu diumumkan pada pukul 10.20 malam.

Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , Negeri Sembilan , Pulau Pinang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan