Liga Malaysia Musim 2016 Kekal 24 Pasukan

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 11:12 PM

Afandi Hamzah (kanan), Pengarah Urusan MP & Silva Asia Pacific, Beatrice Lee (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) Kevin Ramalingam (kiri) ketika sesi bengkel media FMLLP pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jumlah pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) musim 2016 kekal dengan 24 pasukan iaitu masing-masing 12 dalam Liga Super dan Liga Perdana walaupun pengelolaan liga itu diambil alih oleh Footbal lMalaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata jadual semasa ligaitu agak ketat dan beliau tidak melihat pasukan tambahan akan menambah keceriaan dalam sukan bola sepak tempatan.

Pada Januari lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani perjanjian dengan syarikat hak media sukan, MP & Silva untuk membentuk FMLLP yang menjana keuntungan berjumlah RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun.

"Saya melihat keghairahan dalam kalangan peminat untuk melihat lebih banyak pasukan mengambil bahagian khusus dalam Liga Super tetapi kita harus faham liga semasa adalah padat," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada pengurus dan jurulatih berhubung penstrukturan semula Liga-M 2016 di bawah FMLLP, di sini, Rabu.

"Bagaimanapun, pada masa depan, sekiranya dapat susun kalender yang boleh menampung lebih banyak pasukan dalam satu liga tunggal, mungkin ia akan dipertimbangkan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah menjelaskan,hampir sebahagian besar wakil pasukan yang hadir pada taklimat berkenaan bersetuju dengan penstukturan baharu Liga-M di bawah FMLLP dalam usaha untuk memastikan liga berkenaan dapat diswastakan sepenuhnya menjelang 2016.

Beliau berkata badan induk itu turut bekerjasama rapat dengan pasukan kelab dan negeri dalam memastikan proses pelesenan dalam kalangan pasukan bertanding dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan.

"Perkara itu tidak akan berjalan serentak namun kita yakin akan mengambil masa selama beberapa tahun sebelum kelab (dan pasukan negeri) dapat memenuhi kriteria (ditetapkan) untuk proses pelesenan itu," kata Afandi.

Menerusi penstrukturan berkenaan, sebuah badan khas di bawah FMLLP yang dikenali sebagai Kongres Liga bertanggungjawab terhadap perjalanan Liga-M selain pelaksanaan polisi liga termasuk penggunaan pemain import bagi pasukan yang bertanding.

Tiga badan utama akan menjadi pemegang saham di bawah Kongres Liga iaitu pasukan Liga Super dan Perdana selaku rakan; FAM sebagai Rakan Pengurus manakala MP& Silva bertindak selaku Rakan Khas.

Tags / Kata Kunci: Liga Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan