Kelantan Perlu Perkukuh Bahagian Pertahanan - Azraai Khor

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 9:36 PM

Azraai (kanan) pada sesi latihan skuadnya.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kelantan perlu memperkukuh bahagian pertahanan menjelang aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.

Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah berkata kekalahan 2-3 di tangan Sarawak di Stadium Negeri, Kuching semalam membuktikan yang bahagian pertahanan The Red Warriors (TRW) perlu ditambah baik. |

"Kita akan betulkan bahagian pertahanan dan memang kita harap kemasukan Amiridzwan Taj Tajuddin dapat memperkemaskan benteng pertahanan pasukan.

"Pemain juga perlu segera melupakan saingan Liga Super dan fokus kepada saingan Piala FA ini," katanya pada Ahad.

Beliau turut mengingatkan pemain supaya memberi komitmen sepenuhnya dalam setiap perlawanan dalam saingan Liga Malaysia.

"Kita akan melakukan rombakan di semua posisi jika terdapat pemain yangtidak boleh memberi komitmen terhadap pasukan.

"Mereka yang tidak boleh memberi komitmen perlu direhatkan dan mereka yangbetul-betul bersemangat serta mempunyai komitmen yang tinggi sahaja akan dibenarkan beraksi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Azraai Khor berkata dua pemain importnya iaitu Erwin Carillo dan Austin Amutu tidak mengalami masalah kecederaan yang serius. 

"Kecederaan mereka tidak serius dan mereka akan beraksi menentang Pahangnanti," katanya.

Pada aksi liga Super pada Sabtu, Sarawak mengalahkan Kelantan 3-2 di Stadium Negeri, Kuching.

Selepas 10 perlawanan Liga Super musim ini, Kelantan kini berada di tanggake-10 liga dengan 10 mata.  -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Sarawak , Piala FA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan