'Saya Akan Rai Chelsea Juara EPL Lima Minit' - Jose Mourinho

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 7:23 AM

Jose Mourinho.

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN ke atas Crystal Palace sudah cukup untuk membawa Chelsea kembali merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris, namun pengurus pasukan itu perlu memikirkan sesuatu untuk merebut gelaran berkenaan pada musim akan datang.

Walaupun Chelsea yang meninggalkan pesaing di tangga kedua jauh dengan 13 mata dan bakal menunjukkan kecemerlangannya namun Jose Mourinho hanya menikmati kemenangan itu selama "lima minit".

Pengurus Chelsea itu menegaskan bahawa beliau akan mencari jalan untuk menangkis cabaran pesaing-pesaingnya untuk merebut gelaran juara pada musim akan datang.

Pengurus Manchester United, Louis van Gaal sudah pun menyasarkan Gareth Bale dari Real Madrid dan Mats Hummels (Borussia Dortmund), Memphis Decay (PSV) dan Nathaniel Clyne (Southampton).

Arsenal pula mendapatkan Petr Cech dari Chelsea dan William Carvalho (Sporting Lisbon) untuk pasukan mereka. Malah, Manchester City merancang untuk memperkukuhkan skuad mereka dengan Kevin De Bruyne dari Wolfsburg.

Mourinho menyedari beliau mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan selepas ini.

Beliau berkata: "Saya perlu fikirkan tentang musim akan datang.

"Jika kami menang gelaran (juara Liga Perdana Inggeris), sudah tentu kami perlu melakukan sesuatu.

"Sudah tentu ia akan menjadi malam yang berbeza. Sudah tentu saya akan menghargainya. Saya menunggu saat ini.

"Tetapi, kami perlu bersedia untuk musim akan datang. Kami perlu fikirkan tentang perkara itu.

"Biasanya hanya sekejap sahaja, saat di mana pada akhir perlawanan atau permainan yang memberikan gelaran Liga Perdana Inggeris.

"Meraikan saat paling penting dalam merangkul trofi dengan orang-orang yang bersama anda. Ia seperti satu sambutan yang sekilas. Dan, bagi saya, lima minit selepas itu saya akan teruskan tentang perkara berikutnya," katanya.

Gelaran juara Liga Perdana Inggeris akan menjadi yang pertama buat Chelsea sejak 2010 di bawah pengurus Carlo Ancelotti.

Bagaimanapun, Mourinho berjaya mendapat gelaran itu pertama kali untuk Chelsea semasa menguruskan kelab tersebut 10 tahun lalu. - MIRROR

Tags / Kata Kunci: Jose Mourinho , Chelsea

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan