Man United Sedia Tawaran £100 Juta Buat Gareth Bale

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 8:05 AM

Gareth Bale. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER United dilaporkan sedang mempersiapkan tawaran besar berjumlah £100 juta (RM547.87 juta) untuk mendapatkan pemain Real Madrid, Gareth Bale pada musim ini.

Pemain kelahiran Wales itu disebut-sebut akan kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Menurut Daily Telegraph, pengurus Manchester United, Louis van Gaal sudah pun bersedia untuk menawarkan peluang kepada Bale untuk kembali dari Sepanyol dengan tawaran £100 juta (RM547.87 juta).

Turut dilaporkan faktor melibatkan tawaran baharu tajaan Adidas bersama United yang menampilkan Bale.

Bekas pemain Tottenham Hotspur itu membuat 13 jaringan dalam perlawanan La Liga Sepanyol untuk pasukan di bawah pengurus Carlo Ancelotti.

United turut dikaitkan dengan pemain Belanda, Memphis Depay, tetapi dipercayai tertarik untuk mendapatkan Bale sekiranya tawaran dipersetujui bersama Real Madrid. - MIRROR




Tags / Kata Kunci: Manchester United , Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan