Real Madrid Tewaskan Almeria 3-0, Rapat Jurang Dengan Barcelona

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 7:50 AM

Alvaro Arbeloa (kiri) meraikan kejayaan membuat jaringan dalam perlawanan La Liga Sepanyol antara Real Madrid dan Almeria di stadium Santiago Bernabeu di Madrid, Sepanyol. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

REAL Madrid meneruskan kecemerlangan dalam La Liga Sepanyol selepas menundukkan Almeria dengan 3-0.

Kemenangan ini membuatkan Real Madrid terus kukuh pada kedudukan kedua dengan 82 mata, sekali gus merapatkan jurang dengan Barcelona di tangga pertama dengan 84 mata.

Keunggulan Madrid bermula pada minit ke-44 apabila tendangan padu James Rodriguez berhasil membolosi gawang Almeria.

Babak pertama berakhir dengan skor 1-0 untuk kemenangan tuan rumah.

Real Madrid terus menekankan pasukan lawan pada babak kedua apabila pasukan itu meraih jaringan pada minit ke-49.

Aksi Alvaro Arbeloa pada minit ke-84 memberikan gol penutup dan ketiga buat Real Madrid.


Tags / Kata Kunci: Real Madrid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan