PSG Berkeras Mahukan Angel Di Maria

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS SAINT-GERMAIN (PSG) terus menjadikan Angel Di Maria sebagai sasaran utama untuk dibeli pada akhir musim ini.

Bagaimanapun, hasrat PSG mungkin tidak akan terlaksana kerana Manchester United enggan melepaskan pemain terbabit yang dibeli dari Real Madrid pada harga £59.7 juta.

Kehadiran Di Maria ke Liga Perdana Inggeris dengan memecah rekod pembelian pemain tidak menjadi satu pelaburan yang berbaloi kepada United setakat ini.

Sejak lima perlawanan sebelum ini, Di Maria hanya disenaraikan sebagai pemain simpanan.

Berikutan itu tidak mungkin pemain terbabit akan meminta dia dilepaskan supaya dapat beraksi di PSG.

Kelab gergasi Perancis itu merupakan pesaing utama United untuk mendapatkan Di Maria sebelum ini, namun hasrat mereka terhalang oleh undang-undang Financial Fair Play (FFP).

Tetapi, pengendali skuad berkenaan, Laurent Blanc tetapi mahu memiliki pemain sayap terbabit walaupun terpaksa mengeluarkan belanja seperti yang dipertaruhkan United sebelum ini. - Mirror Online


Tags / Kata Kunci: Manchester United

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan