Dakwaan Peruntukan RM2 Juta Daripada K'jaan Persekutuan Tak Benar - Kafa

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 10:34 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Datuk Rosmadi Ismail menjelaskan peruntukan RM2 juta yang kononnya diterima persatuan itu daripada kerajaan Persekutuan adalah tidak benar.

Beliau berkata laporan akhbar kononnya KAFA menerima peruntukan itu adalah satu spekulasi yang dibuat oleh pihak tertentu.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan di akhbar hari ini adalah spekulasi terutamanya jumlah RM2 juta yang telah dinyatakan.

"Kita di KAFA ingin membetulkan kenyataan itu...angka itu tidak sahih, dan bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memang telah banyak kali kita dapat," katanya pada sidang media bagi menjelaskan laporan akhbar tersebut di sini, Khamis.

Rosmadi berkata pihaknya memang menerima satu surat daripada pejabat Perdana Menteri baru-baru ini, dan ia merupakan surat komitmen Najib.


"Kita dapat surat daripada Perdana Menteri tetapi surat itu mungkin surat komitmen Perdana Menteri untuk membantu, kerana KAFA adalah persatuan yang tak dapat bantuan daripada kerajaan negeri.

"Kita hanya mendapat sumber kewangan daripada penaja dan kutipan jualan tiket. Perdana Menteri setiap tahun membantu kita dan bantuan itu datang daripada pelbagai bentuk tidak hanya merupakan wang tunai," katanya.

Akhbar, pada Khamis melaporkan bahawa KAFA telah menerima peruntukan sebanyak RM2 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi membantu pengurusan persatuan itu.

Menurut laporan akhbar yang memetik sumber persatuan itu sebagai berkata, peruntukan itu diperoleh bagi membantu KAFA menampung perbelanjaan pengurusan termasuk membayar gaji pemain.
Tags / Kata Kunci: Kafa , Datuk Rosmadi Ismail

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan