Chelsea Di Ambang Kejuaraan EPL, Tewaskan Leicester 3-1 - Bola Sepak | mStar

Chelsea Di Ambang Kejuaraan EPL, Tewaskan Leicester 3-1

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 7:27 AM

Jaringan John Terry (kanan) membolosi gawang Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Chelsea di Stadium King Power di Leicester, England. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

SASARAN Chelsea untuk meraih mata penuh di kubu Leicester City berjaya apabila pasukan bimbingan Jose Mourinho itu menewaskan tuan rumah dengan 3-1.

Walaupun menang, Chelsea terlebih dahulu dikejutkan dengan aksi tuan rumah menjaringkan gol pertama. 

Sepakan Marc Albrighton membawa kepada jaringan menjadikan The Blues ketinggalan 0-1 pada minit ke-45.

Chelsea bagaimanapun tampil lebih agresif apabila memasuki babak kedua. 

Hanya tiga minit permainan, Didier Drogba berjaya membawa The Blues menyamakan kedudukan menjadi 1-1.

Pada minit ke-79, John Terry terus meraih mata buat Chelsea menerusi tendangan kaki kanannya.

Ramires melengkapkan kemenangan Chelsea pada minit ke-83 dengan 3-1. 

Kemenangan ini membuatkan Chelsea semakin dekat dengan tangga gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

The Blues hanya perlu memperoleh satu kemenangan lagi memastikan menjadi juara Liga Perdana Inggeris 2014/2015.

Tags / Kata Kunci: Chelsea
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan