Bertahan Dalam EPL, Sunderland Perlu Enam Mata

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 7:35 AM

Dick Advocaat. Foto AFP

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Sunderland, Dick Advocaat percaya pasukannya perlu mendapatkan sekurang-kurangnya enam mata untuk mudah bertahan dalam Liga Perdana Inggeris.

Sunderland kini berada pada kedudukan ke-18 dalam liga dengan 30 mata.

Kelab itu kini hanya mempunyai baki lima lagi perlawanan.

Sehubungan itu, kelab yang turut diberikan gelaran The Black Cats ini mahu mendapatkan 36 mata untuk bertahan.

Dick Advocaat menegaskan bahawa pasukannya perlu memberikan tumpuan penuh dalam permainan. 

Sunderland kembali turun kepada antara kedudukan akhir pada minggu lalu selepas keputusan perlawanan terikat 1-1 ketika menentang Stoke City.

Ia dipintas oleh Leicester City walaupun hanya berbeza satu mata sahaja.

Walaupun Sunderland mempunyai peluang untuk menambah mata dalam lima perlawanan, namun hanya tiga permainan sahaja yang mampu melihat kelab itu dapat meneruskan sasarannya. 

Ini kerana dua lagi perlawanan melibatkan pesaing lebih hebat iaitu Liverpool dan Chelsea.


Tags / Kata Kunci: Dick Advocaat , Sunderland

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan