Liverpool Gagal Raih Mata Penuh, Tewas 0-1 Di Tangan Hull City

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 7:18 AM

Michael Dawson (tengah) meraikan jaringan yang dibuat dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Hull City dan Liverpool di stadium KC stadium di Kingston Upon Hull, Britain, awal pagi Rabu. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL gagal mencapai sasaran bagi meraih mata penuh di kubu Hull City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu.

Sebaliknya, Liverpool kecundang di tangan tuan rumah dengan 0-1.

Menampilkan Mario Balotelli sebagai penyerang, Liverool berpeluang untuk mendominasi permainan. 

Bagaimanapun, Hull bangkit menjelang babak pertama berakhir.

Usaha Hull membuahkan hasil apabila meraih jaringan pada minit ke-35. 

Michael Dawson menjaringkan gol selepas memanfaatkan tendangan sudut Ahmed El Mohamady.

Pasukan di bawah pimpinan Brendan Rodgers masih menemui jalan buntu untuk mengalahkan Hull.

Akhirnya skor 1-0 masih tidak berubah sehingga tamat permainan sekali gus memberikan kemenangan kepada pasukan tuan rumah.

Bagi Liverpool, kecundang di tangan Hull merupakan kekalahan ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris pada musim ini.

Liverpool kini menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana Inggeris dengan 58 mata.

Tags / Kata Kunci: Liverpool

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan