Liga Perdana: Pulau Pinang Gagal Rapat Jurang Dengan T-Team

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 11:23 AM

T-Team masih kekal mendahului Liga Perdana.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pulau Pinang gagal menggunakan peluang untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana, T-Team, selepas seri 1-1 dengan DRB Hicom di Stadium Hang Jebat, Melaka, Ahad.

Bagaimanapun, DRB Hicom, yang menduduki tangga kesembilan liga, mengejutkan Pulau Pinang dengan jaringan seawal minit ke-10 menerusi Ahmad Aminuddin Shaharudin.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Pulau Pinang dengan gelaran 'The Panthers' cuba mengatur strategi dengan melakukan serangan bertali arus namun gagal membolos benteng pertahanan lawan.

Bagaimanapun, kesilapan pemain DRB Hicom di kotak penalti membawa padah apabila Pulau Pinang dihadiahkan sepak penalti dengan pemain tengah import dari Korea Selatan, Lee Kil-Hoon menyempurnakan sepakan pada minit ke-64.

Pulau Pinang, di bawah bimbingan Jacksen F.Tiago, berjaya mengumpul satu mata untuk menduduki tangga keempat liga dengan 15 mata, ketinggalan lima mata dengan pendahulu liga, T-Team.

Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menang tipis 2-1 ke atas pasukan Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Pemain tengah import dari Haiti, Jean Alexandre menjadi wira pasukan NS Matrix itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-61.

Penyerang import Forkey Doe membuka jaringan NS Matrix pada minit ke-42 tetapi dua minit kemudian JDT II menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan dari Argentina, Nicholas Delmonte.

Kemenangan ini membolehkan skuad kendalian K. Devan melonjak tiga anak tangga dengan menghuni tangga kelima liga dengan 14 mata manakala JDT II menduduki tangga kelapan dengan 11 mata.


Tags / Kata Kunci: Liga Perdana , Pulau Pinang , T-Team

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan