Javier Hernandez Jaring Dua Gol Lagi

Diterbitkan: Isnin, 27 April 2015 12:26 PM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN Manchester United yang dipinjamkan selama semusim kepada Real Madrid, Javier Hernandez telah menjaringkan dua gol bagi membolehkan kelabnya itu menewaskan Celta Vigo 4-2 sekaligus merapatkan jurang mata mereka dengan Barcelona yang berada hanya dua mata di hadapan.

Selepas mengharungi 33 perlawanan, Barca kini mengutip 81 mata manakala Real 79.

Hanya minggu lalu, Hernandez yang lebih dikenali dengan gelaran Chicharito telah menyumbat gol tunggal Real untuk mereka menumpaskan Atletico Madrid 1-0 untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Chicharito sebelum ini hanya bermain sebagai pemain simpanan sahaja. Tetapi kecederaan yang dialami oleh Karem Benzima telah membuka peluang kepadanya untuk menunjukkan bakatnya yang sebenar.

Mengikut rekod, dia kini telah menjaringkan gol setiap 83 minit di atas padang satu nisbah yang hanya kurang dua minit sahaja daripada Lionel Messi. Messi menjaringkan gol setiap 81 minit di atas padang.

Malah Chicharito telah menjaringkan enam gol dalam lapan perlawanan bersama Real Madrid.

Dan jika jaringannya ketika bertemu Atletico Madrid boleh dianggap mudah iaitu dengan hanya satu tampanan sahaja tetapi kali ini golnya menentang Celta Vigo adalah merupakan satu gol yang berkualiti tinggi.

Sebelum itu Real terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan Nolito untuk Celta Vigo.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, Toni Kroos menyamakan kedudukan sebelum Chicharito meletakkan Real di hadapan. Namun begitu pihak lawan sekali lagi menyamakan kedudukan.

Tetapi penyerang Colombia, James Rodriguez sekali lagi meletakkan Real di hadapan semula sebelum Chicharito memastikan Real menang selesa.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan