Liga Kejuaraan: Watford Selesa Kembali Beraksi Ke Liga Perdana

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 1:00 PM

Deeney (kanan) menjaringkan gol pertama ketika aksi bertemu Brighton pada aksi Liga Kejuaraan pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PENDAHULU Liga Kejuaraan, Watford terus  mengutip mata selepas menewaskan Brighton 2-0 sekaligus mengukuhkan peluang untuk kembali ke aksi Liga Perdana Inggeris musim depan.


Troy Deeney menjaringkan gol pada minit ke-28 untuk merekodkan gol yang ke-21 musim ini. Manakal gol kedua oleh Matej Vyda pada masa tambahan sebelum wisel penamat dibunyikan .

Kedudukan Watford ini tidak akan tergugat dengan 88 mata dengan satu baki perlawanan, kecuali Bournemouth (84) memenangi dua baki perlawanan.

Bagaimana pun impian Middlebrough untuk memintas Bournemonth tidak tercapai apabila tewas kepada Fulham 4-3, serta Fulham yang berada di kedudukan keempat seri 1-1 dengan Rotherham yang menjadikan kedua-dua pasukan ini terpaksa bersaing dalam aksi play-off bersama Ipswich Town dan Derby County untuk mara ke Liga Perdana. 

Kali terakhir Wetford beraksi dalam Liga Perdana pada musim 2006-07.

Tags / Kata Kunci: Watford , Liga Kejuaraan , Liga Perdana

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan