Penyokong Kecoh, TMJ Cadang Mata Pasukan Ditolak

Diterbitkan: Ahad, 26 April 2015 10:54 PM

Papan iklan dirosakkan ketika berlaku provokasi antara penyokong kedua pasukan dalam perlawanan Liga super Perak bertemu Pasukan JDT di Stadium Perak Jumaat lalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman dengan menolak mata pasukan apabila berlaku kekecohan melibatkan penyokong. 

Tunku Ismail berkata FAM tidak perlu mengenakan denda. 

"Pada pandangan saya, sesiapa yang membuat kekacauan...kita hukum pasukan, jangan hukum menerusi denda kerana penyokong tidak peduli soal duit persatuan.

"Jadi, kita perlu tolak mata kerana ini akan menyebabkan penyokong berasa lebih menyesal kesan perbuatan mereka yang terpaksa ditanggung pasukan," tegas baginda kepada pemberita di sini. 

Tunku Mahkota Johor itu berkata hukuman tegas itu demi kemajuan bola sepak negara sekali gus menyebabkan penyokong lebih menghargai pasukan mereka. 

Baginda mengulas kekecohan segelintir penyokong Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, dua hari lepas. 

Pada perlawanan itu, Perak menewaskan JDT 2-1.

Mengulas lanjut insiden itu, Tunku Ismail kesal terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang membuat aduan kepada FAM dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai pengecut dengan meletakkan kesalahan kepada penyokong JDT. 

"Bagi saya, tindakan itu merupakan tindakan yang pengecut. Oleh kerana takut kena denda, takut duit persatuan keluar, jadi mereka tuduh penyokong JDT yang mula mencetuskan kekacauan," ujar baginda.

Tunku Ismail turut mempersoalkan mengenai pasukan negeri lain yang gagal menitik beratkan soal keselamatan penyokong di stadium seperti yang dilakukan JDT dengan menempatkan marshal serta anggota polis bagi menjaga ketenteraman sepanjang perlawanan. 

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata sebuah stadium bola sepak akan dibina di kawasan Nusajaya bagi menggantikan stadium yang dicadangkan dibina di Forest City, sebelum ini. 

Baginda berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu mengenal pasti lokasi secepat mungkin bagi membolehkan pembinaan stadium yang bakal menjadi salah sebuah stadium terbaik di rantau Asia Tenggara, siap dalam jangka masa tiga tahun.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Tolak mata pasukan , TMJ , JDT

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan